BERITA TERKINI & LAPORAN TAHUNAN
BERITA TERKINI LAPORAN KOPERASI TAHUN 2020/2021
1. PEMINDAHAN PEJABAT
Tanggal 2 Februari 2021, iBk Coop telah berpindah kebangunannya sendiri. Justeru segala urusan berkaitan Koperasi boleh dihubungi melalui alamat seperti berikut:-
Koperasi Ibnu Khalid Kuala Lumpur Berhad
M3-D-13 Jalan Pandan Indah 4/1A,
Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-42872721
Fax: 03-42818997
Website: www.koperasiibnukhalid.com.my
2. LOGO
Pada suku ketiga 2020, organisasi dan aktiviti iBk Coop disusun semula. Oleh yang demikian, logonya dipinda seiring dengan perubahan tersebut.
3. VISI
Sebagai Kontraktor Pembinaan dan IT yang berdaya saing.
4. TERAS AKTIVITI
i. Pembinaan
ii. Pengurusan Fasiliti
iii. Teknologi Maklumat
iv. Trading Am
v. Jualan Produk dan Perkhidmatan Atas Talian
5. PENCAPAIAN
i. Memiliki lesen G7 (CIDB), SPKK dan Taraf Bumiputera
ii. Memiliki Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera
iii. Memperolehi Sijil Pengiktirafan ISO daripada SIRIM
iv. Ahli Lembaga dan Kumpulan Pengurusan memiliki kelayakan profesional dan berpengalaman luas dalam aktiviti yang dijalankan
6. BAJET 2021
Pada tahun 2021, bajet ialah sebanyak RM 12 juta dimana sektor pembinaan dijangka menyumbang 80% dari perolehannya. Beberapa rancangan dan strategi diatur untuk mencapai matlamat jangka pendek, sederahana dan jangka panjang. Antaranya:-
i. Menyenaraikan rakan niaga terbaik iaitu sub-kontraktor, pembekal/pengeluar, peralatan/jentera, perunding atau kepakaran tertentu dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membantu supaya setiap projek yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak pelanggan.
ii. Mmembentuk pasukan pengurusan sedia ada supaya lebih mantap dan berkeupayaan menangani pelbagai cabaran dalam bidang yang diceburi.
iii. Istiqamah dengan misi dan visi yang dimuktamadkan dalam halatuju koperasi.
iv. Menubuhkan subsidiari yang bertujuan memperkukuh dan melengkapkan aktiviti sedia ada.
v. Memantapkan ekosistem kewangan bagi membolehkan koperasi/subsidiari mengambil bahagian projek yang lebih besar pada masa akan datang.