AKTIVITI KOPERASI
KHIDMAT SEWA KANOPI
KOPERASI IBNU KHALID KUALA LUMPUR BERHAD ada menyediakan pakej-pakej khusus untuk pelanggan yang perlukan set lengkap kanopi Arabian. Pakej ini lengkap bersama peralatan yang telah disusun mengikut keperluan. Antara Pakej dari kami; Pakej Tiara, Pakej Mutiara, Pakej Gemilang dan Set-set Asas iBK Coop Canopy. Dengan harga patut dan kanopi dijaga dengan baik.
PEMBEKAL KERTAS, TONER DAN COP RUBBER STAMP
iBK Coop juga pro aktif membekal kertas, toner dan cop rubber stamp. Dewasa ini, koperasi, sekolah dan firma swasta adalah antara pelanggan kami. Kami turut mengambil bahagian dalam tender yang dikeluarkan oleh agensi – agensi Kerajaan kerana iBK Coop berdaftar dalam bidang berkenaan dengan Kementerian Kewangan.
PERBAHARUI TAKAFUL AM & INSURANS KENDERAAN
Kami merupakan Ejen Korporat Takaful Am dan Ejen Kiosk MYEG yang menyediakan perkhidmatan perbaharuan Takaful Am atau Insurans Kenderaan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pembelian insuran peribadi.
PEMBEKAL CAT & KHIDMAT MENGECAT
KOPERASI IBNU KHALID KUALA LUMPUR BERHAD (iBK Coop) juga membekalkan pelbagai jenis cat hiasan dan menyediakan perkhidmatan mengecat seperti rumah kediaman, premis perniagaan, pejabat, kuarters, dewan orang ramai, masjid, pusat konvensyen, bangunan bertingkat dan lain-lain.
Kami juga menawarkan khidmat membekal cat dan khidmat mengecat kepada agensi-agensi kerajaan serta syarikat GLC kerana iBK Coop turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.